Saturday, April 25, 2015

Apa itu haneul.?

Assalamualaikum wbt.

Permulaan yang baru insyaallah.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, diberi kekuatan untuk menulis walau sibuk pun kerana apa.? Kerana kehebatan alam maya sekarang tidak dapat tidak mesti di "conquer" oleh Islam sendiri.

Saya merasa terinspirasi dengan seorang kakak ini, seorang akhawat yang hebat, sangat sibuk dalam urusan pelajaran, organisasi malah masih aktif dalam bidang penulisan.

Ku tanya dia, apa kekuatan dia untuk terus mengarang walau sedikit namun istiqamah?

Jawapan dia mudah,

"Media sekarang sangat memainkan peranan. "The power of media". Semua lapisan masyarakat bermula daripada umur 3 tahun sudah mempunyai ipad sendiri, umur 7 tahun sudah mempunyai whatsapp sendiri, umur 8 tahun mempunyai akaun Facebook sendiri dan seangkatan dengannya. Kalau bukan kita umat Islam yang mahu menjadi dominan dalam menyampaikan risalah, ilmu, sudah pasti orang kafir yang akan memegang kekosongan tersebut. Sampaikanlah walau sepotong ayat."

Sungguh mendengar jawapan tersebut, membuatkan saya terfikir sedalam-dalamnya.
Tambah-tambah, saya tidak mempunyai tanggungjawab yang lagi besar seperti isteri, ibu dan sebagainya.  Hanya lah seorang pelajar luar negara, dan aktivis. Secara jujurnya, masaku juga masih terlalu banyak walaupun ku merasakan masa itu terlalu singkat.



Jadi, berbalik kepada

Haneul Korea..

Apa maksud daripada perkataan tersebut?

하늘( Haneul) di sini bermaksud Langit.

Ya, Langit di Korea ataupun Langit Sonata (ala-ala winter sonata dok??)  ini akan pasti kurindui setelah pulang ke tanah air nanti.


Langit yang menyaksikan syahadah Islam yang sebenar-benar.

Langit yang menjadi saksi pengislahanku terhadap syahadatul HAQ

Langit yang menjadi bukti ISLAM yang tertinggi

Langit yang menjadi bukti ini lah jalanku!


Lillahi taala.









Insyaallah moga diberi kekuatan di next post untuk berkongsi kisah-kisah menarik di Korea ini.


Biiznillah.